BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2022
Aktiviti terkini |26 - 27 November 2022Tempat Aktiviti:
Hotel AnCasa Royale, Pekan.
Ringkasan Aktiviti :
• Bengkel MIV Bersama Komuniti 2022 ini telah diadakan selama 2H1M di Hotel AnCasa Royale, Pekan.
• Ianya telah dihadiri oleh seramai 49 orang peserta yang diwakili oleh 17 PEDi Kluster Kuantan & Pekan.
• Para peserta telah diberi penerangan oleh beberapa orang penceramah jemputan yang telah berkongsi pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan dengan ICT dan e-Dagang.
• Sesi pembentangan juga telah diadakan mengikut kumpulan MIV yang hadir.
Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan penggunaan internet dengan bijak dan implikasinya jika disalahgunakan.
• Berkongsi maklumat dan info tentang cara mengawal emosi ketika menggunakan media sosial.
• Memberi pendedahan tentang pembayaran secara dalam talian atau pembayaran tanpa tunai.
Butiran Aktiviti :
• Sesi 1: Pembentangan Projek MIV Sukarelawan Kluster Kuantan & Pekan.
• Sesi 2: Pemasaran Menggunakan Media Sosial.
• Sesi 3: E-Bayaran.
• Sesi 4: Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan.
• Sesi 5: Sesi Perkongsian Produk & Perkhidmatan Pos Malaysia.
• Sesi 6: Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.
Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Dapat berkongsi maklumat kepada para peserta tentang bahaya salahguna media sosial serta kesannya.
• Dapat memberi pendedahan tentang kelebihan bayaran tanpa tunai.
Nama VIP :
• Tuan Haji Mohd Faisal Md Nor (Pengarah MCMC Pahang)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :