PROGRAM PEMERKASAAN PENDIGITALAN USAHAWAN KECIL (PUPUK) (SHOPEE)
Aktiviti terkini |15 Ogos 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Felda Lepar Hilir 1
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini bersama dengan AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia),PEDi Felda Lepar Hilir 1 & PEDi Pakr Panching dan membuka peluang kepada usahawan di kalangan komuniti setempat untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Shopee, cara untuk memuatnaik bahan jualan di Shopee.
Tujuan Aktiviti :
• Untuk memberi pendedahan lanjut untuk melahirkan usahawan muda dan membantu menggunakan platform Shopee bagi mempromosikan produk-produk keusahawanan.
Butiran Aktiviti :
• Sesi penerangan diberikan berdasarkan slide yang telah diperolehi daripada pihak Shopee sebelum ini, dimana usahawan pula dapat terus mengikuti langkah demi langkah dalam penyediaan kedai di Shopee.
• Boleh berniaga dengan hanya menggunakan smartphone sahaja dalam satu aplikasi.
• Pelbagai jenis cara pembayaran mudah seperti Shopee Pay, FPX (Online Banking) Cash at 7-Eleven, ATM / Cash Deposit, Credit/Debit Card. Ini memudahkan proses pembayaran.
Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Menambahkan ilmu petugas berkaitan e-usahawan
• Dapat memberi pendedahan serta menerangkan kelebihan perniagaan di platform Shopee yang mana kebanyakan usahawan tidak tahu mengenainya.
• Akaun Shopee dan Akaun Sosial Media anda boleh dihubungkan secara automasi.
• Mudah untuk iklankan atau promosikan barangan kita dengan hanya menekan butang share ke mana-mana platform lain seperti FB dan juga WhatsApp.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :