PROGRAM KELAS ICT PEDI PAKR PANCHING DEWASA DAN SEKOLAH RENDAH

Aktiviti terkini |4 & 21 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital PAKR Panching (PEDi)

Ringkasan Aktiviti :

• Program ini dilansungkan bagi memberi pendedahan dan memberi latihan praktikal kepada komuniti setempat pada semua peringkat umur berkenaan kemahiran aplikasi Microsoft seperti Word dan Powerpoint.


Tujuan Aktiviti :

• Untuk memberi pendedahan lanjut tentang cara membuat dokumentasi seperti surat rasmi dan kertas kerja kepada komuniti setempat.
• Untuk memberi pendedahan berkenaan asas kegunaan aplikasi Powerpoint dalam membuat pembentangan.


Butiran Aktiviti :
• Kedatangan komuniti setempat untuk meningkatkan pengetahuan literasi Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.
• Ibu bapa lebih cakna dalam memberi peluang dengan mendaftarkan anak mereka dalam Kelas ICT Bulanan supaya anak mereka lebih peka terhadap kemahiran digital.
• Dengan adanya program ini komuniti juga berpeluang untuk mendapatkan Latihan praktikal dalam menggunakan komputer.

Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran kreatif mereka dalam mengolah pembentangan dengan menggunakan Powerpoint.
• Peserta Sekolah Rendah dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam Powerpoint untuk digunakan pada masa akan datang.
• Membina hubungan yang baik antara pihak PEDi dan komuniti setempat agar komuniti setempat dapat menyerap pelbagai manfaat daripada PEDi.


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :