PROGRAM KELAS ICT PEDi PAKR PANCHING
Aktiviti terkini |20 September 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital PAKR Panching (PEDi)
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dilansungkan bagi memberi pendedahan dan memberi latihan praktikal kepada komuniti setempat berkenaan kemahiran aplikasi Microsoft Word dalam pendokumentasian.
Tujuan Aktiviti :
• Untuk memberi pendedahan lanjut tentang cara membuat dokumentasi seperti surat rasmi dan kertas kerja kepada komuniti setempat.
Butiran Aktiviti :
• Kedatangan komuniti setempat untuk meningkatkan pengetahuan literasi Microsoft Word.
• Ini sangat penting dan perlu dipraktikkan sentiasa agar komuniti setempat dapat mengingati cara-cara pendoumentasian yang baik.
• Dengan adanya program ini komuniti juga berpeluang untuk mendapatkan Latihan praktikal berkenaan cara-cara membuat surat rasmi mengikut format yang betul.
Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Menambahkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi Microsoft Word.
• Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, komuniti setempat dapat berdaya saing dalam bidang ICT supaya dapat mengurangkan jurang celik digital antara komuniti bandar dan luar bandar
• Membina hubungan yang baik antara pihak PEDi dan komuniti setempat agar komuniti setempat dapat menyerap pelbagai manfaat daripada PEDi.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :