SHOPEE LIVE : PRE BAJU KURUNG DEWASA & KANAK-KANAK/ BAJU MELAYU KANAK-KANAK

Aktiviti terkini |16 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi – Kg. Seri Damai

Ringkasan Aktiviti :

• Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Shopee Live” melalui akaun Shopee Thealmaree.shop dan berkolabrasi bersama dengan PEDi Kg. Pandan, PEDi Kg. Ubai, PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Taman Berjaya Permai dan juga PEDi PAKR Panching.


Tujuan Aktiviti :

• Live ini memberi pendedahan kepada petugas PEDi untuk belajar dan mengalami sendiri cara untuk mengendalikan live di akaun Shopee supaya lebih mudah untuk petugas PEDi memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepda usahawan-usahawan setempat untuk berniaga menggunakan platform tersebut.
• Berkongsikan pengalaman live di Shopee bersama usahawan setempat.
• Belajar dengan lebih dekat cara penggunaan Shopee live supaya dapat diterokai juga untuk usahawan setempat.


Butiran Aktiviti :
• Live bermula pada 12.45 pagi
• Petugas PEDi Taman Berjaya Permai memberikan sedikit pengenalan sebelum memulakan sesi jualan.
• Petugas PEDi Felda Bukit Sagu menceritakan ciri-ciri baju jualan dan memberi penjelasan lebih dekat mengenai barang jualan.
• Petugas PEDi PAKR Panching berkongsikan baju jualan seterusnya untuk diketengahkan.
• Petugas PEDi Kg. Pandan pula menerangkan setiap satu baju jualan untuk maklumat lebih jelas kepada viewers.
• Kemudian petugas PEDi Kg Sri Damai memberi tontonan beberapa helai baju kurung dan pakaian kanak-kanak untuk memenuhi permintaan pelanggan diruangan komen.


Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Menjadikan platform Shopee Live untuk berhubung antara penjual dan pembeli.
• Sesuai dengan situasi semasa kini bagi mengurangkan aktiviti berkumpul di tempat yang ramai orang sebaliknya menggunakan ruang ciber untuk berjual beli.
• Mempertingkatkan lagi penggunaan internet dan e-commerce di kalangan penduduk setempat dengan program atau kelas secara maya.
• Memberi info pengetahuan kepada masyarakat mengenai platform Shopee Live.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :