KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR (SIRI 2)

Aktiviti terkini |3 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :

• Kelas Asas Fotografi (Siri 2) ini telah diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai dengan kerjasama 5 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu.
• Seramai 8 orang usahawan setempat telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas fotografi produk dengan hanya menggunakan telefon pintar.
• Para usahawan turut dapat melakukan demo fotografi diakhir sesi kelas dan satu pertandingan telah diadakan bagi gambar produk yang paling menarik dan kreatif.


Tujuan Aktiviti :

• Memberikan pendedahan kepada usahawan tentang cara-cara untuk mengambil gambar produk mereka dengan menggunakan telefon pintar.
• Para usahawan dapat belajar asas fotografi produk agar mereka dapat mempromosikan produk masing-masing menggunakan gambar tersebut di dalam platform seperti e-Dagang dan laman sosial.


Butiran Aktiviti :
• Untuk membantu usahawan dalam menghasilkan gambar produk yang menarik dan berkualiti.
• Pengetahuan asas dalam proses penghasilan gambar produk, ianya sedikit sebanyak akan membantu usahawan dalam menaikkan lagi hasil jualan produk mereka.


Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Memberikan pendedahan kepada usahawan tentang teknik asas fotografi produk.
• Membantu usahawan meningkatkan lagi hasil jualan produk mereka.


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :