SEA GAMES 2021

Aktiviti terkini |20 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page : Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi - Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :

• Perkongsian santai mengenai SEA GAMES daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu.


Tujuan Aktiviti :

• Live ini memberi hebahan kepada masyarakat tentang Sukan SEA yang sedang berlangsung untuk memberi semangat kepada para atlet.
• Berkongsikan tentang sejarah Sukan SEA dengan menceritakan tentang bagaimana boleh terjadinya pertandingan ini dan bagaimana boleh bertambah penyertaan dari negara lain yang pada asalnya hanya 6 buah negara sahaja yang menyertainya.
• Secara tidak langsung akan memberi info yang baru untuk masyarakat setempat.


Butiran Aktiviti :
• Live bermula pada 11.49 pagi
• Petugas PEDi Felda Bukit Sagu memberikan sedikit pengenalan semasa memulakan sesi live.
• Petugas PEDi Kg. Pandan menceritakan ciri-ciri simbol dan logo Sukan SEA disamping itu memberi penjelasan lebih dekat mengenai Sukan SEA 2021 di laman sesawang temasya tersebut.
• Petugas PEDi Taman Berjaya Permai berkongsikan negara-negara yang menyertai temasya Sukan SEA.
• Petugas PEDi PAKR Panching pula menerangkan setiap negara dan bandar yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA dan disamping itu berkongsikan info tentang bakal tuan rumah Sukan SEA pada temasya yang akan datang.
• Kemudian petugas PEDi Kg Sri Damai memberi info tentang jenis sukan-sukan yang dipertandingkan.


Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Menjadikan platform Facebook Live untuk berhubung antara PEDi dan masyarakat.
• Sesuai dengan situasi semasa kini bagi mengurangkan aktiviti berkumpul di tempat yang ramai orang sebaliknya menggunakan ruang ciber untuk berhubung.
• Mempertingkatkan lagi penggunaan internet di kalangan penduduk setempat dengan program atau kelas secara maya.
• Memberi info pengetahuan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :