KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti terkini |16 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Seri Damai

Ringkasan Aktiviti :

• Kelas Asas Fotografi Produk Menggunakan Telefon Pintar bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu.


Tujuan Aktiviti :

• Live ini memberi maklumat dan hebahan teknik yang betul untuk mengambil gambar produk.
• Usahawan dapat mempelajari asas fotografi produk agar mereka dapat mempromosikan produk masing-masing menggunakan gambar tersebut di dalam platform jualan e-Dagang dan laman sosial.Secara tidak langsung akan memberi info yang baru untuk masyarakat setempat.
• Memberi pendedahan kepada para usahawan tentang cara-cara mengambil gambar produk mereka dengan menggunakan telefon pintar.


Butiran Aktiviti :
• Program bermula pada jam 11.00 tengh hari ahad.
• Permulaan program selaku tuan rumah, pengurus PEDi Kg. Seri Damai memberi pengenalan kepada wakil-wakil PEDi yang lain.
• Wakil dari PEDI Kg. Pandan selaku salah seorang fasilitator memberi penerangan mengenai Teknik-teknik fotografi menggunakan telefon pintar.
• Setelah selesai sesi penerangan. Seterusnya kami memulakan sesi praktikal cara mengambil gambar produk dengan betul.
• Sesi perkongsian kami selesai jam 1 petang.


Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Menjadikan PEDi sebagai salah satu platform informasi buat masyarakat setempat.
• Mempertingkatkan lagi penggunaan di PEDI kalangan penduduk setempat.
• Memberi info pengetahuan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa.


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :