AYUH MEREKA VIDEO PROMOSI PRODUK

Aktiviti terkini |17 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Panching (PEDi)

Ringkasan Aktiviti :

• Program ini merupakan anjuran PEDi Panching yang melibatkan pelajar sekolah komuniti Panching dalam usaha memupuk minat serta mendedahkan pelajar nilai-nilai dan ciri yang perlu ada pada usahawan.

Tujuan Aktiviti :

• Untuk memupuk nilai dan jiwa keusahawanan bagi pelajar komuniti Panching supaya dapat membesar dengan pemikiran usahawan bagi membantu memacu ekonomi mereka pada masa hadapan.
• Untuk mencungkil dan mengasah daya kreativiti dan inovasi dalam merancang, mereka video pormosi produk jualan.

Butiran Aktiviti :
• Pelajar diberi tugas untuk menjadi usahawan kuih raya dan mereka perlu mencari maklumat serta merancang jenis kuih raya yang hendak dijual.
• Pelajar diberi tunjuk ajar untuk mereka video promosi jualan kuih raya menggunakan aplikasi online Canva.

Kebaikan/Kelebihan aktiviti :
• Program ini mendedahkan pelajar berkenaan satu lagi cabang kerjaya yang menarik iaitu usahawan serta memberi pendedahan berkenaan nilai dan ciri yang perlu ada untuk menjadi usahawan yang berjaya.
• Program ini menambahkan kemahiran kendiri pelajar dalam mereka video promosi dan menambah ilmu mereka berkenaan penggunaan aplikasi Canva .

Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :