Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.
Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023JAMUAN AKHIR TAHUN
Aktiviti Terkini | 28 Disember 2019Jamuan ini dapat mengeratkan silaturahim antara PI dan komuniti Kampung Panching sekali gus dapat memberi penerangan tentang kepentingan keselamatan siber...baca selanjutnya
PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION
Aktiviti Terkini | 16 November 2019Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI PI KG. KEMPADANG
Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019Program Advokasi ini bertujuan untuk menerangkan tentang Klik Dengan Bijak dan kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan Pusat Internet dan mengeratkan hubungan diantara pelajar serta penduduk sekitar Kg Kempadanng dengan pihak Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET KG. CHERATING
Aktiviti Terkini | 15 September 2019Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya
PROGRAM ZIARAH KASIH RAHMAH DI SG. LEMBING
Aktiviti Terkini | 08 September 2019Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya
KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG)
Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2019Objektif utama program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 bersempena bulan kemerdekaan. Pusat Internet terlibat dalam memberikan maklumat berkaitan Siaran TV Digital kepada pengunjung yang hadir....baca selanjutnya
QUIZ PUZZLE ONLINE
Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi PI dan memberi latihan pembelajaran kepada pelajar....baca selanjutnya
PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya
KUIZ RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019Kuiz ini memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kelebihan di Internet....baca selanjutnya
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 41 SK PANCHING
Aktiviti Terkini | 14 April 2019Kejohanan ini dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kelebihan Internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3
Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK ALOR AKAR
Aktiviti Terkini | 22 Mac 2019Seramai lebih 680 orang pelajar dan guru dari SMK Alor Akar telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini dan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan guru tentang penggunaan teknologi dan internet secara berhemah.....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING
Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya
KDB Dam Ular Bersama Komuniti
Aktiviti Terkini | 23 Febuari 2019Memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi PI....baca selanjutnya
Kuiz Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2019Memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi Pusat Internet dan memberi latihan pembelajaran kepada pelajar...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya