Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


EKSPLORASI CUTI SEKOLAH PEDi PANCHING

Aktiviti Terkini | 20 Disember 2023

Program ini merupakan anjuran PEDi Panching dalam usaha memberikan pendedahan berkenaan celik digital di samping mengisi masa lapang pelajar sekolah yang sedang menjalani cuti persekolahan....baca selanjutnya

PROGRAM KONSULTASI MATA BERSAMA KOMUNITI DENGAN KERJASAMA EFKEYO

Aktiviti Terkini | 4 November 2023

Program ini merupakan kolaborasi bersama dengan Pusat Cermin Mata Efkeyo Sdn Bhd yang dilaksanakan di bilik latihan PEDi Panching....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS ICT PEDI PAKR PANCHING DEWASA DAN SEKOLAH RENDAH

Aktiviti Terkini | 4 & 21 Oktober 2023

Program ini dilansungkan bagi memberi pendedahan dan memberi latihan praktikal kepada komuniti setempat pada semua peringkat umur berkenaan kemahiran aplikasi Microsoft seperti Word dan Powerpoint....baca selanjutnya

PROGRAM KELAS ICT PEDi PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 20 September 2023

Program ini dilansungkan bagi memberi pendedahan dan memberi latihan praktikal kepada komuniti setempat berkenaan kemahiran aplikasi Microsoft Word dalam pendokumentasian....baca selanjutnya

PROGRAM PEMERKASAAN PENDIGITALAN USAHAWAN KECIL (PUPUK) (SHOPEE)

Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2023

Program ini bersama dengan AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia),PEDi Felda Lepar Hilir 1 & PEDi Pakr Panching dan membuka peluang kepada usahawan di kalangan komuniti setempat untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Shopee, cara untuk memuatnaik bahan jualan di Shopee....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK E-USAHAWAN @PD

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023

Program ini kerjasama antara Perpustakaan Negara dan MDEC...baca selanjutnya

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA SECARA PERCUMA BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2023

Program ini kerjasama antara V2 Opticare Sdn Bhd untuk memberi pemeriksaan mata secara percuma kepada komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM TIK TOK SHOP JAYA NIAGA DIGITAL WANITA BEKERJAYA PAHANG

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2023

Program ini kerjasama antara PKNP, MDEC dan Tik Tok untuk perkongsian berkiatan tik tok shop bagi rakan digital PEDi Kuantan. ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN BERSAMA PELAJAR PASTI KG PANCHING

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2023

Pertandingan ini dijalakan untuk melatih pelajar menggunakan komputer dan memperkenalkan pelajar tentang perkakasan komputer...baca selanjutnya

PROGRAM SUMBANGAN BARANG TERPAKAI

Aktiviti Terkini | 12 -14 April 2023

Pemberian barangan terpakai seperti mainan dan pakaian kepada penduduk Panching secara percuma. Barangan terpakai ini adalah hasil daripada kakitangan PEDi Panching. Penduduk boleh datang pada bila-bila masa pada tarikh yang ditetapkan untuk mengambil barang...baca selanjutnya

TAKLIMAT BSN SEMARAK PEDI

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Taklimat BSN Semarak PEDi dengan Kerjasama Bank Simpanan Nasional....baca selanjutnya

KELAS ASAS MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 4 Februari 2023

Kelas Asas Menggunakan Microsoft Word ini telah diadakan di PEDi Pakr Panching dengan Seramai 7orang pelajar setempat telah hadir pada 2 sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas menggunakan Microsoft word dengan menggunakan komputer yang ada PEDi...baca selanjutnya

KELAS ASAS MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Kelas Asas Menggunakan Microsoft Word ini telah diadakan di PEDi Pakr Panching dengan Seramai 4 orang pelajar setempat telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas menggunakan Microsoft word dengan menggunakan komputer yang ada PEDi...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti