Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


'Digi Awareness Talk'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016

Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna ketika menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Gotong-royong Bersama Pemuda Kg. Panching

Aktiviti Terkini | 27 November 2016

Aktiviti gotong-royong sebegini sangat bagus diadakan selain dapat mengeratkan hubungan silatrrahim, aktiviti ini juga dapat menjadikan kawasan sekitar bersih dan cantik...baca selanjutnya

Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia Panching

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Majlis Perasmian ini bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk kampung, menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk kampung dan mempromosi aktiviti PI1M kepada komuniti setempat...baca selanjutnya

Aktiviti gotong-royong bersama Biro Wanita Umno Kampung Panching

Aktiviti Terkini | 22 September 2016

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah antara Biro Wanita Umno dan staf PI1M Panching dan memastikan kawasan sekeliling sentiasa bersih dan secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran penduduk kampung tentang kebersihan alam sekitar...baca selanjutnya

Pengenalan Kepada Perniagaan & Komunikasi Melalui Internet
(Program Bersama Pelajar Ump & Pi1m Kg Seri Damai)

Aktiviti Terkini | 24 April 2016

Aktiviti pada bulan ini adalah pengenalan kepada perniagaan & komunikasi melalui internet (program bersama Pelajar UMP & PI1M Kg. Seri Damai). Sebelum program dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak. Taklimat ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang keselamatan melayari internet. Pelajar UMP memberi sedikit pengenalan kepada perniagaan serta mengajar para peserta dalam menubuhkan akaun media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Para peserta telah diberi peluang untuk mempraktikkan cara-cara mempromosikan produk mereka...baca selanjutnya

Lawatan pembelajaran dari Tadika Kemas Kg. Panching ke Pusat Internet 1 Malaysia Panching

Aktiviti Terkini| 30 Mac 2016

Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru dan kanak-kanak tadika kepada dunia internet dan memberi peluang kepada guru dan kanak-kanak tadika menggunakan internet untuk belajar dan mengajar...baca selanjutnya

Pertandingan membuat poster Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Panching.

Aktiviti Terkini| 28 Februari 2016

Pertandingan ini dapat memperkenalkan PI1M Panching kepada lebih ramai orang kampung Panching dan para belia kampung yang berdekatan.baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Pertandingan bola sepak 9 sebelah tertutup Kg.Panching anjuran Jawatankuasa Pemuda UMNO Kg.Panching.

Aktiviti Terkini| 24 Januari 2016

Pertandingan bola ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M Panching kepada lebih ramai orang kampung Panching dan para belia kampung yang berdekatan...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti