Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


GOTONG-ROYONG DALAM & LUAR PI1M

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2017

Akiviti ini bagi memberikan keselesaan untuk orang ramai yang datang ke Pusat Internet 1Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dan memupuk kesedaran dalam pentingnya menjaga kebersihan bersama....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI SOI

Aktiviti Terkini | 17 November 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang baik antara staff PI1M dan masyarakat setempat dan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum yang PI1M menyediakan pelbagai perkhidmatan mengenai IT....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 23 September 2017

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang baik antara staff PI1M dan masyarakat setempat dan memberi pendedahan kepada masyarakat umum yang PI1M menyediakan pelbagai perkhidmatan mengenai IT....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK DI SURAU KG. ATONG

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Tujuan masjlis ini diadakan adalah untuk meraikan Majlis Berbuka Puasa 2017 bersama muslimin dan muslimat Kg. Atong...baca selanjutnya

ADVOKASI DI SK BALOK SEMPENA BULAN ICT SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 04 Mei 2017

Program advokasi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan di Internet....baca selanjutnya

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT ANJURAN TABIKA KEMAS PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 25 April 2017

Program ini bertujuan untuk memberi sokongan dan galakkan kepada kanak-kanak tentang budaya membaca....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

KUIZ BAHASA INGGERIS

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk memberi penekanan kepada kanak-kanak di sekitar PI1M Kg. Panching bahawa mereka boleh menjadikan pusat internet ini salah satu tempat dan sumber untuk mereka mendapatkan rujukan tentang pembelajran sekolah....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak, E-Waste & Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

Pertandingan mewarna pelajar tabika KEMAS

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat perkembangan dan kreativiti pelajar Tabika KEMAS Kg.Panching dalam mewarna mengikut gambar yang disediakan oleh pihak PI1M Kg.Panching...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti