Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL MIV WITH IMFUTURES

Aktiviti Terkini | 17-19 Disember 2021

Petugas PEDi & wakil komuniti daerah Kuantan menyertai program ini. Merupakan program kerjasama antara MIV dan IMfutures Indera Mahkota, Kuantan. Menyasarkan untuk mengelolakan Sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti...baca selanjutnya

LIVE - PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA - DIGI

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

FB Live gabungan empat PEDi iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg Pandan, PEDi Kg Ubai dan PEDi Felda Bukit Sagu. Perkongsian kali ini memberi hebahan mengenai tawaran terbaru dari DIGI iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia...baca selanjutnya

PROGRAM E-DAGANG BERSAMA KOMUNITI “GO E COMMERCE” SIRI II (PLATFORM ZOOM)

Aktiviti Terkini | 20 November 2021

Program berlangsung secara online dengan hasil kerjasama yang sangat baik dari MCMC, POS Malaysia dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terdiri darpada 6 buah PEDi iaitu PEDi PAKR Panching, PEDi Kg. Pandan, PEDi Kg. Ubai, PEDi Kg. Sri Damai, PEDi Ketapang dan PEDi Permatang Pauh. Program ini telah di adakan siri I pada 3 April 2021 yang lalu dengan 30 orang peserta didedahkan mengenai perkenalan platform berniaga diatas talian iaitu Shopee. Untuk siri II kali ini program ini lebih mengetengahkan tentang Shopee Advance dengan penerangan yang lebih details untuk para usahawan perlajari....baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2021

Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri pemakanan...baca selanjutnya

LIVE : BANGGUNAN-BANGGUNAN TERTINGGI DI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK PAKR Panching, PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK Felda Bukit Sagu. Perkongsian kali ini memberi maklumat mengenai banggunan-banggunan tertinggi dan maklumat am kepada masyarakat....baca selanjutnya

LIVE : GOOGLE APPS BAHAGIAN II

Aktiviti Terkini | 10 September 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK PAKR Panching, PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK Felda Bukit Sagu. Perkongsian kali ini memberi maklumat mengenai beberapa fungsi yang ditawarkan oleh Google Apps melalui Google Web...baca selanjutnya

LIVE : SEMBANG SANTAI HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA CIKGU ASMA’ BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK Felda Bukit Sagu , PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK PAKR Panching bersama dengan penceramah Cikgu Asma yang merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling..baca selanjutnya

LIVE : MELINDUNGI ANAK ANDA DI INTERNET

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK PAKR Panching, PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK Felda Bukit Sagu. Perkongsian kali ini memberi pendedahan mengenai melindungi anak-anak di internet...baca selanjutnya

LIVE : PERKONGSIAN LAMAN WEB PENCARIAN KERJA KOSONG

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2021

Tujuan perkongsian yang dibuat bersama PIK Kampung Ubai, PIK Kampung Pandan, PIK PAKR Panching dan PIK Felda Bukit Sagu adalah untuk membantu adik-adik lepasan SPM ataupun sesiapa sahaja untuk mencari pekerjaan. Terdapat beberapa laman web yang dikongsi oleh kami untuk rujukan penonton....baca selanjutnya

LIVE : SEMBANG SANTAI HALATUJU SELEPAS SPM BERSAMA CIKGU ASMA’ BINTI AHMAD (GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2021

FB Live gabungan empat PIK iaitu PIK Felda Bukit Sagu , PIK Kg Pandan, PIK Kg Ubai dan PIK PAKR Panching bersama dengan penceramah Cikgu Asma yang merupakan seorang guru bimbingan dan kaunseling...baca selanjutnya

PERTANDINGAN REKA PANTUN RAYA PKP 3.0

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2021

Pertandingan Pantun Raya ini bertujuan untuk mengasah bakat pelajar untuk mereka dan menghasilkan pantun bersempena dengan bulan Perayaan ini. Dalam tidak langsung, mereka boleh mengasah fikiran mereka dengan lebih kreatif dalam menghasilkan sekerat dua pantun dengan baik....baca selanjutnya

KAMPUNG UBAI GO E-COMMERCE

Aktiviti Terkini | 3 April 2021

Untuk meningkatkan usaha mempromosi e-dagang kepada komuniti sekitar PIK serta sokongan kepada peningkatan sosio ekonomi komuniti setempat dengan menggunakan e-dagang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KLIK DENGAN BIJAK ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19....baca selanjutnya

-->

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC)...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2021

Menjalankan aktiviti di atas talian dengan komuniti setempat walaupun keadaan semasa yang dilanda pandemic covid19...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti