Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KELAS ICT (CANVA) BERSAMA MIV 2022

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022

Dengan kerjasama PEDi Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan & PEDi PAKR Panching, kelas ICT dengan topik Canva telah berlangsung di PEDi Taman Berjaya Permai dan dihadiri oleh MIV PEDi Kg. Pandan serta pelajar-pelajar dari sekolah rendah dalam kalangan komuniti setempat. Tayangan video dan slaid Klik Dengan Bijak juga turut diselitkan bersama. Pertandingan mereka poster menggunakan platform Canva telah diadakan dan program diakhiri dengan penyampaian saguhati dan hadiah kepada 3 orang pereka poster terbaik....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR (SIRI 2)

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Kelas Asas Fotografi (Siri 2) ini telah diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai dengan kerjasama 5 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching, PEDi Taman Berjaya Permai, PEDi Semambu dan PEDi Felda Bukit Sagu. Seramai 8 orang usahawan setempat telah hadir pada sesi kelas pada kali ini dan mereka telah mempelajari sedikit sebanyak tentang asas fotografi produk dengan hanya menggunakan telefon pintar. Para usahawan turut dapat melakukan demo fotografi diakhir sesi kelas dan satu pertandingan telah diadakan bagi gambar produk yang paling menarik dan kreatif...baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2022

Aktiviti Terkini | 26 - 27 November 2022

Bengkel MIV Bersama Komuniti 2022 ini telah diadakan selama 2H1M di Hotel AnCasa Royale, Pekan. Ianya telah dihadiri oleh seramai 49 orang peserta yang diwakili oleh 17 PEDi Kluster Kuantan & Pekan. Para peserta telah diberi penerangan oleh beberapa orang penceramah jemputan yang telah berkongsi pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan dengan ICT dan e-Dagang. Sesi pembentangan juga telah diadakan mengikut kumpulan MIV yang hadir....baca selanjutnya

FB LIVE: KLIK DENGAN BIJAK (MIV)

Aktiviti Terkini | 24 November 2022

Perkongsian secara dalam talian menggunakan platform Streamyard dan Facebook telah diadakan bersama 3 buah PEDi yang lain iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu yang masing-masing merupakan MIV bagi tahun ini. Antara tajuk yang telah dikongsikan ialah Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Kewangan dan Keselamatan Komputer....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Kelas Asas Fotografi Produk Menggunakan Telefon Pintar bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu....baca selanjutnya

CAFE HIPSTER / TEMPAT NGOPI BEST DI KUANTAN

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Perkongsian mengenai Café Hibster / Tempat Ngopi Best di Kuantan bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu....baca selanjutnya

div class="newsContent">

PROGRAM KEMERDEKAAN KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) KERJASAA KRT SEMAMBU DAN TABIKA PERPADUAN SEMAMBU BERSAMA PEDI PANCHING, PEDI BUKIT SAGU, PEDI PANDAN DAN PEDI BERJAYA PERMAI.

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2022

Pertandingan mewarna, basikal berhias, pakaian berhias dan perarakan merdeka....baca selanjutnya

BENGKEL GRAFIK & PERTANDINGAN REKA CIPTA INFOGRAFIK PERINGKAT DAERAH 2022 KERJASAMA PEDI KAMPUNG BALOK, PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI BUKIT SAGU & PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI.

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2022

Pertandingan melakar poster digital menggunakan website CANVA bertemakan kerjaya impian serta pameran dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh wakil MCMC....baca selanjutnya

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN IBADAH KORBAN

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2022

Perkongsian mengenai Soalan-soalan Lazim Berkaitan Ibadah Korban bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu....baca selanjutnya

WEBINAR SKIM PEMBIAYAAN MICRO/I BSN - SEMARAK NIAGA DI PEDI

Aktiviti Terkini | 2 Jun 2022

Perkongsian maklumat dari pihak Bahagian Mikro, Jabatan Perbankan Runcit, Bank Simpanan Nasional mengenai Skim Pembiayaan Micro/I BSN – Semarak Niaga di PEDi seluruh pantai timur. (Kelantan, Terengganu, Pahang)...baca selanjutnya

SEA GAMES 2021

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

Perkongsian santai mengenai SEA GAMES daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Berjaya Permai, PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching dan PEDi Felda Bukit Sagu....baca selanjutnya

SHOPEE LIVE : PRE BAJU KURUNG DEWASA & KANAK-KANAK/ BAJU MELAYU KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Shopee Live” melalui akaun Shopee Thealmaree.shop dan berkolabrasi bersama dengan PEDi Kg. Pandan, PEDi Kg. Ubai, PEDi Felda Bukit Sagu, PEDi Taman Berjaya Permai dan juga PEDi PAKR Panching....baca selanjutnya

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Taman Berjaya Permai dan berkolabrasi bersama dengan PEDi Kg. Pandan, PEDi Kg. Ubai, PEDi Felda Bukit Sagu dan juga PEDi PAKR Panching berkenaan Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat kursusnya didalam Malaysia yang boleh dipelajari dan memberi sedikit manfaat kepada masyarakat....baca selanjutnya

PENGASAS TERKENAL

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi PAKR Panching dan berkolabrasi bersama dengan PEDi Kg. Pandan, PEDi Kg. Ubai, dan PEDi Felda Bukit Sagu berkenaan Pengasas Terkenal yang boleh dipelajari dan memberi sedikit motivasi kepada masyarakat....baca selanjutnya

KENALI RABUN WARNA

Aktiviti Terkini | 15 Januari 2022

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi PAKR Panching dan berkolabrasi bersama dengan PEDi Kg. Pandan, PEDi Kg. Ubai, dan PEDi Felda Bukit Sagu berkenaan Rabun Warna yang boleh dipelajari dan memberi sedikit kesedaran kepada masyarakat....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti