Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KUIZ EDUCATION GAMES

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Aktiviti mengadakan kuiz ini bertujuan untuk memberi latihan pembelajaran kepada pelajar...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KELUARGA PERINGKAT KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 30 November 2018

Program ini adalah program membudayakan etika penggunaan gajet serta melayari alam siber secara sihat bertepatan dengan konsep Sambutan Bulan Keluarga Peringkat Kebangsaan Negeri Pahang 2018 iaitu “Keluarga Bijak Siber”....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018

Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya

PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN ANJURAN KELAB USAHAWAN IKHTIAR KUANTAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan antara komuniti...baca selanjutnya

PROGRAM QURBAN PERDANA UPU KAMPUNG PANCHING 4.0

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2018

Program Qurban Perdana UPU Kampung Panching ini dijalankan pada hari kedua Raya Haji. Program ini telah dijalankan selama 4 tahun berturut-turut dan mendapat sambutan yang amat meriah bersama penduduk setempat. Pada awal majlis Yb Muallim Tarmizi Bin Yahaya yang merupakan wakil rakyat dan juga merangkap anak jati Panching memulakan majlis dengan memberi sedikit ceramah mengenai Sunnah menunaikan Ibadah Qurban dan setelah itu beliau sendiri menjalankan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat dengan menyembelih haiwan yang dijadikan Qurban pada hari tersebut....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL USAHAWAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program Advokasi ini telah berlangsung pada 21/07/2018 (Sabtu) di Kuantan Parade bersempena dengan Karnival Usahawan Pahang Vol. 2 yang mana melibatkan ramai usahawan tempatan dan setiap hasil jualan mereka sedikit sebanyak akan disumbangkan kepada persatuan kanak-kanak autism daerah Kuantan....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA TERBUKA PUSAT INTERNET PANCHING

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Jamuan Hari Raya Terbuka Pusat Internet Panching telah diadakan pada 30.06.2018 (Sabtu) yang lalu di mana pelbagai jenis hidangan makanan telah disediakan untuk memeriahkan dan merapatkan lagi hubungan petugas PI dengan komuniti setempat. ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI & FELDA BUKIT SAGU

Aktiviti Terkini | 05 & 06 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan pelajar. Para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepentingan melayari internet dengan lebih bijak....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR 1, FELDA BUKIT SAGU, KG PANDAN, SERI MAHKOTA JAYA & PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepar Hilir 1, Felda Bukit Sagu, Kg Pandan, Seri Mahkota Jaya & PAKR Panching diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU ABDUL RAHMAN TALIB (SMART)

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

KEJOHANAN LIGA PENALTI

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Aktiviti ini dapat memberi galakan kepada masyarakat untuk terus belajar dan menggunakan Pusat Internet 1Malaysia Kg Panching ini sebagai platform untuk menimba ilmu penggunaan khidmat yang disediakan....baca selanjutnya

AKTIVITI MEWARNA BERSAMA TABIKA KG PANCHING

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2018

Aktiviti mewarna bersama kanak-kanak tabika diadakan bagi tujuan meningkatkan skil mewarna mereka dan memberikan semangat untuk melakukan suatu tugasan dan ianya juga salah satu kaedah pembelajaran bagi kanak-kanak diusia 4 ke 5 tahun. ...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti