Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Berdasarkan kisah orang dahulu nama Kampung Panching ini di peroleh daripada orang terdahulu yang begitu gemar memancing di sebuah sungai. Sungai tersebut ialah sungai Reman. Oleh kerana setiap masa ada sahaja pemancing yang akan memancing disungai itu dan penduduk pada ketika itu sungguh gemar untuk memancing. Setiap kali bila ditanya mahu kemana, jawapanya pasti hendak memancing. Bermula disitulah nama Kampung PANCHING diperolehi.

Menurut sumber, jumlah penduduk di kampung panching ini ialah 1340. Terdapat 340 buah keluarga yang menetap disini. Dengan pelbagai jenis kaum meliputi Kampung Panching.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ALOR AKAR

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2019

Seramai lebih 680 orang pelajar dan guru dari SMK Alor Akar telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini dan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan guru tentang penggunaan teknologi dan internet secara berhemah.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

KDB Dam Ular Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 23 Febuari 2019

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi PI....baca selanjutnya

Kuiz Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2019

Memberi pendedahan kepada komuniti tentang fungsi Pusat Internet dan memberi latihan pembelajaran kepada pelajar...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti